< Keluarga Kampung Permatang Piah
Keluarga Kampung Permatang Piah

Sembang-Sembang

Ahad, 19 Julai 2009

MEMO PROGRAM SILATULRAHIM PPI




MEMO UNTUK PROGRAM PPI

HANTAM SAJALAH KLU OK PAKAI,KALAU X OK BUAT LAIN.....


Baca Selengkapnya...


Kampung Pematang Piah





Pada asalnya, nama kampung Permatang Piah diambil daripada sejarah kampung ini yang katanya terdapat sebatang pohan balak besar yang bernama POHON PIAH di tengah-tengah kampung tersebut, kebenaran cerita tersebut tidaklah perlu di rungkaikan kerana ianya boleh kita katakan sebagai dongeng sekiranya ia satu mitos, dan sebagai satu sejarah kampung tersebut seandainya ianya benar-benar wujud pada suatu ketika dahulu.
Kampung Permatang Piah terletak dalam taklukan jajahan Bachok, tetapi berada agak jauh dengan kawasan pantai dan lebih dekat dengan pekan Melor yang berada dalam jajahan kota Bharu. Keunikan Kampung ini antaranya ialah ia berada ditengah-tengah antara tiga jajahan iaitu jajahan Bachok,Jajahan Kota Bharu, dan Jajahan Pasir Puteh.
Kampung ini juga dikelilingi oleh beberapa buah kampung sekitarnya yang lain iaitu Kampung Pak Badol, Kampung Serdang Muda, Kampung Pak Simpol, Kampung serdang surau, Serdang Tua, Kampung Kolam, dan beberapa lagi yang lain..Anggaran penduduk kampung ini adalah sekitar 200 orang tidak termasuk penduduk kampung yang berada disekitarnya..




Baca Selengkapnya...